Monday 22 August 2011

Dong son


Pendahuluan .
       Benua  Asia terkenal dengan penghasilan karya seninya yang tersendiri. Perkembangan seni di asia telah memperlihatkan kecemerlangan ketamadunan masyarakatnya,sekaligus menggambarkan bahawa mereka tidak memerlukan kebergantungan terhadap teknologi atau kemahiran tamadun barat dalam penghasilan karya seni. Seperti juga perkembangan kesenian oleh tamadun barat yang berasaskan kepada zaman pergerakan seni (isme) tertentu,hal yang serupa juga telah berlaku terhadap era pergerakan seni  di Asia. Tamadun asia juga memiliki era-era pergerakan seninya yang tertentu,antara  era perkembangan seni  yang  terkenal  ialah era pra sejarah ‘Dong son’ yang berkembang pada zaman logam kira-kira 300 tahun sebelum masihi.
         Dong son  merupakan zaman pra sejarah yang terkenal di Asia Tenggara,zaman pra sejarah Dong son dikatakan telah wujud sejak ‘ zaman logam’ ( 300 tahun S.M)1 iaitu salah satu zaman pra sejarah didunia. Perkara ini dibuktikan dengan penemuannya artifak-artifak yang berkaitan melalui aktiviti cari gali di beberapa kawasan di Malaysia,antaranya kawasan-kawasan tersebut ialah seperti  Gua Lembu di Perlis,Sungai Lang.selangor(1964), ,hulu Tembeling,Selangor, Klang, Selangor (1905), Tapak Sidu (1996) dan lain-lain tempat lagi. Antara artifak-artifak yang ditemui ialah seperti  Gendang Gangsa,Loceng Gangsa dan lain-lain.2
Melalui penemuan artifak-artifak  seni  bersejarah tersebut,terdapat beberapa perkara yang boleh bincangkan ,salah satu daripadanya ialah mengenai tahap ketelitian dan daya kreativiti terhadap penghasilan motif hiasan pada karya seni . Jika diperhatikan pada artifak-artifak yang dijumpai tersebut,dapat dilihat bahawa objek seni tersebut telah dihasilkan dengan tingkat ketelitian yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kerja tangan artisan era pra sejarah yang begitu halus. Seterusnya ialah berkenaan dengan daya kekreaivitian artisan  Dongson terhadap penghasilan objek karya seni ,melihat pada hasil hiasan yang terdapat pada artifak-artifak yang dijumpai dapat dilihat dengan jelas gabungan antara dorak-corak berunsurkan manesfestasi sumber alam yang digarapkan ke dalam lukisan. Lukisan
yang dihasilkan melalui proses pengolahan sebelum digabungkan dengan objek seni yang bakal dihasilkan ini bermakna imej-imej dari alam yang diambil itu tidak dihasilkan secara terus sebagai motif lukisan atau seni reka objek seni,tetapi diolah dengan memasukkan elemen-elemen tertentu,simbol-simbol yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Hal ini memperlihatkan perkaitan diantara pengabungan antara kehidupan seharian di dalam manefestasi objek-objek kesenian dan sekaligus memperlihatkan kreativitian artisan zaman era  pra sejarah Dongson.

Huraian .
Masyarakat  Dog Son merupakan masyarakat era pra sejarah yang terkenal dengan penghasilan karya seni yang tersendiri, penghasilan setiap karya seni oleh mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri, malahan dapat dilihat akan kekretivitian mereka dalam menghasilkan corak dekoratif dengan berdasarkan kepada pola hiasan/susun atur yang tersendiri dan seterusnya motif-motif yang yang digubah.
               Berpandukan kepada penemuan artifak Zaman Logam telah dicatatkan di kawasan sekitar Sungai Langat dan Klang, di semenanjung Malaysia.,.Jika dilihat pada pola hias bahagian permukaan gendang gangsa yang ditemui di Klang, amat jelas menunjukkan ciri Heger 1. Pola hiasan dapat dibahagikan kepada sembilan lapisan utama. Lapisanpertama, bentuk sinar matahari di tengah gendang yangberjumlah 14, diikuti dengan tiga segi yang dalamnya dihiasi dengangaris panjang dan ia berselang-seli dengan hiasan seperti ’S’ atau ”Z”menyerong2. Lapisan ketiga, hiasan bulatan berkembar dengan titik pada  51 bahagian tengah. Lapisan keempat, hiasan garisan panjang dan lurus.Lapisan kelima, hiasan burung terbang berlawanan putaran jam. Lapisankeenam, dengan hiasan garis lurus. Lapisan ketujuh, dengan hiasanbulatan berkembar dan titik tengahnya. Lapisan kelapan, hiasan garispanjang dan lurus sementara lapisan kesembilan tanpa sebarang hiasan(Loewenstein 1953). Berdasarkan ukuran yang diambil, gendang gangsa ini berukuran 57.8cm.Loceng gangsa yang ditemui di Klang  berjumlah tiga  kesemuanyadan loceng gangsa bersaiz besar yang ditemui di Klang, mempunyai tigapola hias utama iaitu, pertama garis geomatik pada bahagian badan,kedua, seakan huruf ”S” pada bahagian badan dan ketiga adalah polahias yang menyerupai bentuk bersegi tiga yang disusun dalam tigatingkat pada bahagian kaki. Sementara pada bahagian mulut loceng gangsa, tidak terdapat sebarang pola hias, melainkan lubang kecil yangberfungsi sebagai tempat untuk loceng ini digantung pada bahagian leher gajah2. Anologi ini mempunyai persamaan dengan relief yang terpahat dibahagian barat candi Angkor Wat, yang menunjukkan loceng gangsa ini turut di kandar pada bahagian bahu (Loewenstein 1953). MubinSheppard  sendiri menggambarkan penggunaan gendang gangsa dan loceng gangsa dipraktikkan oleh pemimpin tempatan di Klang sebagaiperlambangan kekuasaan dan digunakan secara bersamaan dalam kehidupan harian sekitar 100 Masihi (Sheppard 1986). Melihat kepada penghasilan dan penggunaan motif-motif, masyarakat pra sejarah Dong Son telah memperlihatkan tentang ketelitian terhadap pemilihan subjek  matter malahan setiap motif yang dihasilkan akan disusun pada kedudukan tertentu, kedudukan setiap motif yang susun atur mengikut keutamaan dan fungsi yang tertentu. Dalam kehidupan masyarakat Dong Son setiap motif yang dihasilkan mempunyai makna yang tertentu, motif-motif tersebut mewakili perkara-perkara simbol penting dalam kehidupan, antara perkara-perkara tersebut ialah seperti acara keagamaan mahupun sebagai alat penceritaan dalam kehidupan. terdapat beberapa karya seni yang dihasilkan oleh masyarakat Dong son yang mengandungi motif-motif dan  susun aturnya yang baik , salah satu objek seni tersebut ialah drum Dong son. 
            Pada drum pra sejarah  Dong Son terdapat pelbagai imej yang telah dihasilkan , setiap imej tersebut telah melalui proses pengolahan, imej-imej tersebut tidak lagi dihasilkan dalam rupa dan bentuk yang tulen, imej-imej tersebut telah diabstrak dengan membuang unsur-unsur tertentu dan digantikan dengan simbol-simbol rekaan tertentu dengan tujuan yang tertentu. Imej-imej yang digunakan oleh masyarakat era pra sejarah Dong Son untuk menghias Drum Dong Son ialah motif-motif yang berasaskan kepada alam semula jadi matahari , air, figura manusia (askar),haiwan ( katak ),dan senjata-senjata.

       
     Motif matahari dan air merupakan motif utama yang digunakan oleh masyarakat pra sejarah Dong Son sebagai hiasan pada instrumen  tersebut. Penggunaan motif ini  ditonjolkan /ditimbulkan (relief) berbanding motif-motif lain. Penggunaan motif matahari dan air oleh masyarakat Pra sejarah Dong Son adalah disebabkan penggaruh daripada system kepercayaan, masyarakat awal Vietnam pada awalnya merupakan penganut kepada agama yang berasaskan penyembahan kepada sumber alam semula jadi (Animisme), mereka menyembah pelbagai sumber alam seperti pohon- pohon, tanah, air , api dan juga matahari, oleh itu mereka sering membuat perbandingan terhadap sumber penyembahan, perbandingan tersebut dilakukan dengan membandingkan kadar keutamaan didalam kehidupan, dalam erti kata yang lain ialah sumber yang menjadi keutamaan didalam kehidupan seharian. Rata-rata masyarakat pra sejarah Dong Son terdiri daripada para petani, aktiviti pertanian memerlukan kepada sumber cahaya matahari dan air untuk menjadikan tanaman yang ditanam menjadi subur, begitu juga dengan keperluan terhadap hidupan-hidupan disekeliling  untuk memenuhi factor-faktor kesihatan dan sebagainya. Oleh yang demikian motif-motif ini dizahirkan pada intrumen drum Dong Son sebagai keperluan dalam upacara penyembahan keagamaan.

             Banyak pengkaji sejarah percaya bahawa penduduk asli Vietnam datangnya dari darat mahupun air dengan membawa budaya yang berbeza, bahasa, dan jenis orang bersama-sama tinggal di Delta Tonkin. Beberapa pengkaji sejarah percaya bahawa sumber air rakyat Dong Son adalah hasil daripada kepercayaan terhadap katak, yang mungkin menjelaskan imej katak banyak ditemui pada drum Dong Son dan mungkin menunjukkan bahawa orang Dong Son pertama tiba di Vietnam adalah melalui laut. Kemudian simbol ini berubah menjadi naga mengikut mitos China. Asal mitos ini tidak ditulis oleh orang-orang Vietnam selepas abad ke 13, sehinggalah Vietnam dijajah oleh China.

 
      Jika dilihat pada motif yang menyerupai sebuah perahu, dapat dilihat bagaimana masyarakat pra sejarah Dong Son menceritakan tentang  festival untuk merayakan peranan tertinggi air di dalam bidang pertanian dan kehidupan masyarakat pra sejarah Dong Son , malahan ia juga menceritakan tentang kelaziman masyarakat Dong Son  dalam yang gemar berdagang dan perlayaran hal ini dibuktikan dengan penemuan artifak-artifak tersebut di kawasan hilir-hilir sungai di Malaysia. Selain itu gambaran askar Dong Son dan senjata-senjata yang terdiri daripada beraneka jenis seperti perisai, lembing, kapak, tombak, keris dan tubuh adalah untuk  mengesahkan penetapan sejarah pada era Dong Son sebagai  orang yang sentiasa berjuang untuk mempertahankan kehidupan daripada orang-orang dari Utara.




Kesimpulan .
Kesimpulannya , pengadaptasian motif-motif pada karya seni  drum gangsa zaman pra sejarah Dong son  telah dipengaruhi oleh faktor- faktor kehidupan harian dan juga alam sekeliling, selain itu juga pengadaptasian motif-motif tersebut juga dipengaruhi oleh pengalaman hidup yang dilalui oleh masyarakat sebelumnya atau juga artisan yang menghasilkannya. Begitu juga dengan pengaruh spiritual yang mendalam terhadap unsur-unsur  alam yang mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Namun begitu terdapat perkara lain yang  boleh dilihat melalui penghasilan karya seni tersebut , penghasilan  pola hiasan/ susun atur dan juga  perletakan motif-motif rekaan  sebenarnya bertujuan  sebagai  alat dokumentasi  untuk merekod sesuatu peristiwa.  Pendokumentasian  ini  juga  memperlihatkan  pemikiran masyarakat  zaman pra sejarah Dong Son pada masa itu sudah melampaui zaman, hal ini juga dapat dilihat pada ketelitian penghasilan Drum gangsa tersebut  serta  kekretivitian  cara penyampaian yang  digunakan.  Oleh  yang  demikian  tidak hairanlah zaman pra sejarah Dong Son  ini  menjadi  salah satu rujukan  penting  dalam  sejarah  seni  di Asia.       







Rujukan

  1. Lee.S.E, 1993, A History Of Far Eastern Art: Fifth Edition, Prentice Hall Inc, New  Jersey.
  2. Zuliskandar.R, Nik Hassan N.A.R, 2010 , Penempatan Masyarakat Zaman Logam Di Selangor: Berdasarkan Kepada Data Akeologi, Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation.
  3. Chapius.O, 1995, A History Of Vietnam: From Hong Bang to Tu Duc, Greenwood Press, United States of America.
  4. Taylor, Weller. K, 1983, The Birth of Vietnam, University of California Press, England.


MOHD AKHIR BIN AHMAD
MOHAMMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
NAZMI BADRI BIN ABD WAHAB
ZULKHAIRI BIN ABDUL MUIN    
KHAIRI HADRI BIN ALIAS
SABIHIS BIN MD PANDI
SITI AISHAH BINTI ISOMUDIN

No comments:

Post a Comment